Selepas beberapa tahun ada masalah, akhirnya Puteri Sarah dan Syamsul Yusof pakat untuk berpisah dengan cara baik

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan prosiding kes lafaz pisah pengarah, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 18 April ini. Menurut laporan Sinar Harian, peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Syamsul dan aktres tersebut telah mencapai persetujuan bagi membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman. Walau bagaimanapun, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh terbabit… Continue reading Selepas beberapa tahun ada masalah, akhirnya Puteri Sarah dan Syamsul Yusof pakat untuk berpisah dengan cara baik

Tular pasal isu tak setia, sekali ini pula luahan dari Afieq Shazwan buat ramai yang kagum

Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan, 26, tidak terlalu memikirkan isu tak setia serta kehadiran ‘orang ketiga’ dalam perhubungan yang hangat diperkatakan kini kerana status dirinya masih bujang. Afieq atau nama sebenarnya, Mohammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, dia tiada jawapan yang spesifik untuk mengulas isu itu memandangkan masih bujang dan belum ada kekasih lagi. Apabila ada… Continue reading Tular pasal isu tak setia, sekali ini pula luahan dari Afieq Shazwan buat ramai yang kagum

Akan bergelar bapa tak lama lagi, rupanya Remy Ishak dah sediakan nama anak dari sebelum kahwin lagi

BAKAL bergelar seorang bapa tidak lama lagi, aktor Remy Ishak memberitahu dia sudah menyediakan senarai nama buat bayi yang bakal dilahirkan nanti. Kata Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 40, dia sudah mengumpul nama untuk anaknya sebelum berkahwin dengan isteri, Ezza Yusof. “Nama anak sebelum kahwin lagi saya dah pilih. Kalau dapat bayi perempuan nama apa, lelaki… Continue reading Akan bergelar bapa tak lama lagi, rupanya Remy Ishak dah sediakan nama anak dari sebelum kahwin lagi

Bukan biasa biasa, umur baru 5 tahun tapi dapat hadiah kereta G Wagon sempena ulangtahun harijadi

Baru-baru ini, tular beberapa video di sekitar sambutan majlis ulang tahun kelahiran ke-5 anak kepada pengasas produk kosmetik Farhana Zahra di laman TikTok. Mana tidaknya, hadiah yang diterima oleh kanak-kanak perempuan yang dikenali Nur Fatima Az Zahra sangatlah membuatkan ramai terkesima kerana tidak seperti budak seusia dengannya. Menerusi hantaran dikongsikan usahawan Kelantan sebelum ini, anak perempuannya meluahkan… Continue reading Bukan biasa biasa, umur baru 5 tahun tapi dapat hadiah kereta G Wagon sempena ulangtahun harijadi

Published
Categorized as Viral Tagged

Pergi menghadap illahi dalam kejadian yang tak diingini, sebak rupanya lukisan anak adalah petanda dia nak pergi

Seorang ibu yang kehilangan anak lelaki memuat naik gambar hasil lukisan kanak-kanak tersebut memperlihatkan seolah-olah memakai kain kafan, sekali gus seperti petanda dia ‘pergi selamanya’. Menerusi Facebook Wunny Amir, wanita tersebut memuat naik beberapa hantaran meluahkan kerinduan terhadap anak lelakinya dikenali sebagai Aydan Hadiff yang pergi menghadap illahi, baru-baru ini. Difahamkan, kanak-kanak tersebut pergi menghadap… Continue reading Pergi menghadap illahi dalam kejadian yang tak diingini, sebak rupanya lukisan anak adalah petanda dia nak pergi

Published
Categorized as Viral

Ramai yang tertanya tanya, tak boleh berdiam akhirnya Siti Jamumall akui dah berpisah dengan suami

NAMA usahawan Siti Jamumall sekali lagi jadi perhatian ramai apabila mendedahkan dia sudah berpisah dengan suaminya, Mohammad Syafiq Irfan Azman. Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 33, berkata, dia tampil membuat pengakuan itu kerana tidak mahu menimbulkan ftnah apatah lagi perkara itu mula menjadi bualan dalam kalangan pengikutnya di media sosial. Enggan berkongsi punca perpisahan itu,… Continue reading Ramai yang tertanya tanya, tak boleh berdiam akhirnya Siti Jamumall akui dah berpisah dengan suami

Makin berumur nampak lagi hensem, penampilan terkini Faizal Hussein jadi perhatian warganet

Perkongsian seorang pengguna TikTok yang memuat naik video pelakon lelaki terkenal, Faizal Hussein yang muncul di sebuah pusat membeli belah ibu negara menarik perhatian warganet. Penampilan pelakon yang popular menerusi filem Gla-Gla Remaja itu kelihatan awet muda walaupun sudah meningkat usia membuatkan namanya sentiasa menjadi bualan dan diminati oleh warganet di Malaysia. Kehadiran Faizal yang… Continue reading Makin berumur nampak lagi hensem, penampilan terkini Faizal Hussein jadi perhatian warganet

Bawa pekerja berbuka puasa siap bagi bonus lagi, ramai yang kagum dengan sifat pemurah Khairul Aming

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Khairul Amin sekali lagi jadi perhatian pengikutnya apabila membenarkan semua pekerja kilang sambal miliknya bercuti selama satu hari. Menurut Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman, ia merupakan rutin ‘wajib’ dilakukan setiap tahun untuk kesemua 60 pekerjanya. Pastinya, apa yang dilakukan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua pekerja selepas kejayaan… Continue reading Bawa pekerja berbuka puasa siap bagi bonus lagi, ramai yang kagum dengan sifat pemurah Khairul Aming

Akui vokal setanding Justin Bieber, Dato Aliff Syukri minta rakyat Malaysia terima keunikan vokal dia

USAHAWAN sensasi Datuk Aliff Syukri meminta rakyat Malaysia buka mata dan menerima keunikan vokalnya selepas lagu terbaharunya berjudul Chu Ku Chuk Raya yang dilancarkan pada Khamis menerima kritikan ramai. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata, vokalnya yang unik sebenarnya setanding dengan beberapa artis terkenal luar negara seperti Justin Timberlake dan Michael Jackson yang mempunyai suara nyaring. “Saya… Continue reading Akui vokal setanding Justin Bieber, Dato Aliff Syukri minta rakyat Malaysia terima keunikan vokal dia

Mesej dalam lagu buatkan dia tertarik, Datuk Siti Nurhaliza dedah hanya ambil masa sejam je untuk rakamkan lagu tu

DIBERI tanggungjawab menyanyikan lagu runut bunyi filem Anwar: The Untold Story, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu ia bukan tugas sukar kerana lagu berkenaan sangat dekat dengan dirinya. Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, lagu berjudul Menjaga Cintamu mempunyai kekuatan tersendiri termasuk mesej yang ingin disampaikan membuatkan dia tertarik untuk merakamkannya. Bagi menambah rasa terhadap lagu berkenaan, Siti… Continue reading Mesej dalam lagu buatkan dia tertarik, Datuk Siti Nurhaliza dedah hanya ambil masa sejam je untuk rakamkan lagu tu