Nampak macam iri hati dengan kejayaan kakak, tak boleh berdiam ini respon dari Syada Amzah

KETIKA masalah keluarga penyanyi Shila Amzah sudah reda, timbul pula tuduhan mendakwa adiknya iaitu Syada Amzah cemburu dengan kejayaan dikecapi kakaknya. Terkilan dengan dakwaan itu, Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, menjelaskan tidak pernah sekelumit dia menyimpan perasaan sedemikian terhadap drh dagingnya sendiri. Kata Syada jika ada pun perasaan cemburu adalah ketika ibu bapanya lebih banyak… Continue reading Nampak macam iri hati dengan kejayaan kakak, tak boleh berdiam ini respon dari Syada Amzah

Baru seminggu jalani operasi masukkan bateri pada jantung, ini pula keadaan terkini Ebby Yus

Selepas menjalani operasi memasukkan bateri atau perentak jantung pada minggu lalu di Hospital Sultan Idris Shah, pelakon dan pelawak, Ebby Yus mengakui ada perkembangan positif terhadap tahap kesihatannya. Memetik laporan Berita Harian, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid memberitahu masih ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan seperti berdiri lama dan berjalan terlalu jauh… Continue reading Baru seminggu jalani operasi masukkan bateri pada jantung, ini pula keadaan terkini Ebby Yus

Published
Categorized as Artis Tagged

Hormat pada negeri yang terlibat dengan banjir dan tanda solidariti pada Palestin, tiada sambutan ambang tahun baharu

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak bercadang untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024. Memetik laporan Harian Metro, ia sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang kini ditindas oleh rejim zionis Israel dan bagi menghormati beberapa buah negeri yang terlibat dengan banjir. “Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan… Continue reading Hormat pada negeri yang terlibat dengan banjir dan tanda solidariti pada Palestin, tiada sambutan ambang tahun baharu

Sentiasa merendah diri, Chaan tampil berkongsi pandangan peribadi tentang Datuk Siti Nurhaliza

Sepanjang menjadi pengarah muzik, Chaan tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menerusi temu bual bersama Maskulin, Chaan berkata dia sangat menghormati pelantun suara ‘Cindai’ itu. Ujar Chaan, sikap Tok Ti yang sentiasa merendah diri sejak dahulu lagi masih sama sehingga ke hari ini. “Saya sangat hormat Datuk Seri Siti Nurhaliza… Continue reading Sentiasa merendah diri, Chaan tampil berkongsi pandangan peribadi tentang Datuk Siti Nurhaliza

Pernah ada yang cakap tak sesuai jadi pelakon sebab pendek, pemenang hero remaja 2023 anggap individu yang persenda sebab cemburu

PEMENANG Hero Remaja 2023 Aiman Ameer tidak akan tunduk dengan suara-suara halus cuba mematahkan semangatnya apabila dianggap tidak sesuai bergelar artis disebabkan ketinggiannya. Pemilik nama sebenar Che Aiman Ameer Che Kamarudin, 23, berkata, walaupun ketinggiannya hanya 170 sentimeter dia tidak melihat perkara itu sebagai kelemahan demi mencapai cita-cita sebagai seorang pelakon. Jelas Ameer, meskipun pernah dipersendakan… Continue reading Pernah ada yang cakap tak sesuai jadi pelakon sebab pendek, pemenang hero remaja 2023 anggap individu yang persenda sebab cemburu

Terlibat dengan kejadian tak diingini, Alif Satar akui tetap teruskan misi geng subuh dan acara larian lepas solat berjemaah

KECEDERAAN ringan dialami akibat kejadian tak diingini tidak mematahkan semangat penyanyi dan pelakon Alif Satar untuk meneruskan misi Geng Subuh Macam Jumaat pada 1 Januari nanti. Kata Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33, kejadian yang menimpanya itu hanyalah satu dugaan kecil dan dia hanya perlu berehat sebelum menjelang tarikh berkenaan. “Dugaan kecil sahaja. Perjuangan belum… Continue reading Terlibat dengan kejadian tak diingini, Alif Satar akui tetap teruskan misi geng subuh dan acara larian lepas solat berjemaah

Lepas kena kritik teruk dengan warganet, Pihak pengurusan Sambal Nyet Khairi keluarkan kenyataan macam ni

Produk Sambal Nyet yang didakwa ciplak hampir mirip dengan Sambal Nyet Berapi keluaran pempengaruh, Khairul Aming tampil memberi kenyataan berhubung isu ‘panas; yang menjadi bualan warganet sejak kebelakangan ini. Menerusi hantaran dimuat naik di platform Facebook, pihak pengurusan Sambal Nyet berkenaan berterima kasih kepada orang ramai kerana begitu prihatin mengambil berat mengenai kontroversi semasa. Dalam… Continue reading Lepas kena kritik teruk dengan warganet, Pihak pengurusan Sambal Nyet Khairi keluarkan kenyataan macam ni

Didakwa jual gula gula sebab tak terima tawaran kerja, ini pula penjelasan dari Achey

Pelawak Achey memberi penjelasan tentang dirinya didakwa menjual gula-gula Tiara Candy kerana sudah tidak lagi terima tawaran bekerja. Menerusi hantarannya di Instagram, dia percaya rezeki datang daripada Allah dan yang paling penting adalah usaha. Menurutnya, menjalankan perniagaan sama seperti naik dan turun sebuah kehidupan itu. “Hidup ni mudah. Allah dah sediakan semuanya tinggal kita je… Continue reading Didakwa jual gula gula sebab tak terima tawaran kerja, ini pula penjelasan dari Achey

Ada yang cakap dia abaikan anak dan tak setia dengan bekas isteri, tak boleh berdiam ini respon Fizi Ali

Masih belum reda isu ‘berebut anak’ dan isu bersama bekas isteri, ada pihak yang cuba memfitnah penyampai radio, Fizi Ali dengan memberikan dakwaan yang Fizi anggap tak masuk akal. Menerusi Instagram Story miliknya, Fizi Ali dilihat ada menunjukkan dakwaan tersebut dan tampil memberikan respon. Dalam perkongsian itu, ada individu menemplak sikap Fizi Ali yang kini… Continue reading Ada yang cakap dia abaikan anak dan tak setia dengan bekas isteri, tak boleh berdiam ini respon Fizi Ali

Published
Categorized as Artis Tagged

Muat naik gambar Puteri Sarah dan keluarga, Datin Patimah luah rasa terkilan bila kehilangan besan yang baik

Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa terkilan apabila kehilangan besan sebaik ibu bapa menantunya, Puteri Sarah. Menerusi perkongsian di Instagram, Datin Patimah turut memuat naik gambar menantunya, Puteri Sarah bersama kedua ibu bapanya yang kini sedang bercuti di Turki. “Amat terkilan kehilangan besan yang baik bagi kami dan mertua yang memahami bagi Sol,” tulisnya.… Continue reading Muat naik gambar Puteri Sarah dan keluarga, Datin Patimah luah rasa terkilan bila kehilangan besan yang baik