Rita Rudaini seru jabatan agama islam tak benarkan individu yang culas bayar nafkah untuk kahwin lain selagi hutang belum selesai

Pelakon Rita Rudaini merupakan antara individu yang lantang menyuarakan mengenai isu pembayaran nafkah terhadap anak-anak. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Rita memuat naik semula artikel berkenaan tindakan sitaan kewangan yang bakal diambil oleh pihak bertanggungjawab terhadap mana-mana bekas suami yang didapati culas membayar nafkah. Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, menyeru agar… Continue reading Rita Rudaini seru jabatan agama islam tak benarkan individu yang culas bayar nafkah untuk kahwin lain selagi hutang belum selesai

Muat naik video buat ramai yang sebak, Elyana kongsi momen dua anak bantu cukur rambut

Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh penyanyi Elyana di media sosial miliknya telah meruntun sebak warganet. Menerusi perkongsian di Instagram dan TikTok, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, dilihat sedang mencukur rambutnya dan dibantu oleh anak-anak. Dalam video yang sama, turut kelihatan gumpalan rambut di lantai tandas dan Elyana menulis ringkas bahawa ia merupakan… Continue reading Muat naik video buat ramai yang sebak, Elyana kongsi momen dua anak bantu cukur rambut

Published
Categorized as Artis Tagged

Syada Amzah luah rasa trauma untuk kembali cari pasangan, sekali ini pula nasihat dari Shila Amzah

PENYANYI Shila Amzah menasihati adiknya, Syada agar tidak memaksa diri untuk terus berada dalam hubungan yang hanya melukakan hati. Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, seseorang tidak seharusnya bertahan sekiranya sudah jelas melihat ciri-ciri kurang menyenangkan dalam diri seseorang. “Kalau memang dah nampak red flag terus chow je. Hidup ini bukan untuk… Continue reading Syada Amzah luah rasa trauma untuk kembali cari pasangan, sekali ini pula nasihat dari Shila Amzah

Isi masa dengan majlis ilmu untuk kuatkan diri lepas berpisah, Aprena Manrose akui pernah cuba berbaik dengan bekas suami masa dalam idah

Pelakon Aprena Manrose mengakui rumah tangganya sebelum ini melalui fasa bahagia dan bergaduh seperti pasangan lain sebelum berpisah pada Jun lalu. Aprena percaya suami sepatutnya lebih kuat mempertahankan rumah tangga, namun dia reda dengan keputusan bekas suaminya untuk berpisah. Untuk kuatkan diri selepas perceraian, Aprena mengisi masa dengan majlis ilmu dan solat tahajjud, serta menunaikan… Continue reading Isi masa dengan majlis ilmu untuk kuatkan diri lepas berpisah, Aprena Manrose akui pernah cuba berbaik dengan bekas suami masa dalam idah

Hantar anak sambung belajar di Oxford UK, Engku Emran luah rasa gembira dapat jumpa dengan Mr E

Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi, Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal menjadi sorotan publik apabila berkongsi gambar bersama Mr. E sewaktu menghantar anaknya di lapangan terbang bagi melanjutkan pengajian ke luar negara. Menerusi perkongsian di Instagram, Engku Emran meluahkan rasa gembira dapat bertemu bapa tiri baharu Aleesya dan menyambut baik kehadirannya dalam keluarga… Continue reading Hantar anak sambung belajar di Oxford UK, Engku Emran luah rasa gembira dapat jumpa dengan Mr E

Ucapkan terima kasih, Erra Fazira dedah hampir keseluruhan majlis nikah diuruskan oleh suami

Penyanyi dan pelakon Erra Fazira mendedahkan bahawa majlis pernikahan di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam hampir sepenuhnya diuruskan oleh suami, Ezwan Zain. Menurut laporan, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 51, meluahkan rasa syukur dan menitipkan ucapan penghargaan kepada Ezwan Zain yang telah merealisasikan hari bahagia mereka yang penuh bermakna itu. “Saya… Continue reading Ucapkan terima kasih, Erra Fazira dedah hampir keseluruhan majlis nikah diuruskan oleh suami

Pilih untuk tolak tepi segala sengketa, Umie Aida ucapkan tahniah buat Erra Fazira

PELAKON Datin Seri Umie Aida memilih untuk mengenepikan segala sengketa apabila tampil mengucapkan tahniah atas pernikahan sahabatnya, Erra Fazira yang selamat mendirikan rumah tangga dengan Ezwan Zain pada pagi Jumaat. Menerusi satu hantaran ringkas di InstaStory, Umie menitipkan doa penuh makna bersempena hari Jumaat yang disifatkannya sebagai hari penuh keberkatan. “Selamat pengantin baru Erra Fazira. Berkah… Continue reading Pilih untuk tolak tepi segala sengketa, Umie Aida ucapkan tahniah buat Erra Fazira

Terima banyak komen negatif dari warganet, Khairul Aming minta orang ramai beri dia ruang untuk dia bernaiaga

Belum lagi dibuka secara rasmi namun pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming akui telah menerima banyak respon daripada warganet. Menerusi perkongsian di Threads, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman memahami segala kerisauan yang disuarakan oleh warganet mengenai restorannya itu. “Saya faham ada banyak persoalan yang keluar. Kenapa lokasi di situ, kenapa buat sistem tempahan, kenapa… Continue reading Terima banyak komen negatif dari warganet, Khairul Aming minta orang ramai beri dia ruang untuk dia bernaiaga

Aliff Syukri buat hal lagi, Datin Shahida dedah kali ni dia jual pokok depan rumah pulak

Perkongsian isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencuri tumpuan ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Shahida merakam momen salah seorang pekerjanya sedang memotong keratan pokok-pokok yang ditanam di hadapan kediaman mereka. Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah reaksi Shahida apabila mengetahui keratan pokok-pokok itu sebenarnya… Continue reading Aliff Syukri buat hal lagi, Datin Shahida dedah kali ni dia jual pokok depan rumah pulak

Terima mas kahwin sepohon emas, akhirnya Erra Fazira kini sah bergelar isteri kepada Mr E

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira sah bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain dengan sekali lafaz pada Jumaat sekitar pukul 9.19 pagi. Majlis penyatuan pasangan ini berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin. Pada majlis berkenaan, Erra atau Fazira Wan… Continue reading Terima mas kahwin sepohon emas, akhirnya Erra Fazira kini sah bergelar isteri kepada Mr E